Sunday, August 29, 2010

Ilya Hilang Kereta Kesayangan?

“Sebaik sampai di kawasan meletak kenderaan, saya melihat kereta saya tiada. Selepas puas mencari, saya mengesyaki ia dilarikan atau dicuri penjenayah,” kata pelakon drama Kekasihku Seru dan 3 Janda, Raja Ilya Raja Mohamad.

Dia turut kehilangan peralatan penggambaran dan pelbagai jenis persalinan berkualiti tinggi yang disimpan di dalam kereta.

Menurut Ilya, kejadian berlaku ketika dia tidak berada di rumah kerana mengikuti produksi filem yang mengadakan penggambaran di Teluk Intan, Perak.

“Kereta saya dicuri pada 26 Ogos lalu ketika saya tidak berada di rumah kerana mengikuti produksi penggambaran ke Teluk Intan.

“Saya meletakkan kereta itu di petak yang dikhaskan kepada saya. Saya juga memastikan kereta itu dikunci rapi, malah turut menggunakan kunci ketiga untuk mengelak ia dicuri.

“Bagaimanapun, apabila ingin menggunakannya keesokan hari selepas pulang daripada penggambaran untuk ke bazar Ramadan, ia sudah tiada,” katanya sambil menunjukkan laporan polis yang dibuat berikutan kecurian itu.

Difahamkan, kawasan tempat kediamannya ‘terkenal’ dengan pelbagai jenis jenayah, terutama yang membabitkan kecurian harta benda.

Pelakon dan pengacara itu berkata, dia terkilan apabila mendapati pengawal keselamatan yang bertugas tidak memantau kawasan kediaman itu dan dengan sewenang-wenangnya membenarkan orang tidak dikenali memasukinya.

“Setiap penghuni diberi pas kediaman dan jika saya mahu keluar atau memasuki bangunan itu, saya perlu menggunakan pas berkenaan. Yang peliknya, bagaimana orang luar boleh memasuki kediaman itu sesuka hati tanpa mendapat kebenaran pengawal?

“Malah, sistem keselamatan seperti kamera litar tertutup yang melengkapi bangunan itu langsung tidak berfungsi. Rasanya, ia hanya sebagai syarat,” katanya kesal.

Supermodel Paling Hodoh???



Pernah dengar program TV mcmni? Rasanya susah kot nak tengok siaran mcmni tp ada sebuah stesen TV di Britain yg tawarkan sesuatu yang sangat berbeza utk tatapan umum iaitu program mencari artis / orang paling hodoh!

Ia adalah program antidot kepada rancangan penuh glamor, seperti Britain’s Next Top Model.

Melalui program unik itu, pengendalinya, Ugly Models, menyerahkan kepada peserta untuk mempamerkan ‘kecantikan’ mengikut perspektif mereka.

Setakat ini, model agensi itu pernah muncul dalam pelbagai iklan, dari filem James Bond hinggalah syarikat Marks and Spencer.

Model itu pula terdiri daripada pelbagai jenis bentuk fizikal, sama ada terlalu kurus atau gemuk dan berusia di antara 18 hingga 100 tahun.

Dengan bermulanya program itu, agensi dan modelnya benar-benar berpegang kepada definisi ‘cantik’ mengikut pelopor rekaan fesyen moden Perancis, Coco Chanel, iaitu ‘untuk memastikan tiada saingan, seseorang mesti sentiasa berbeza.’ Pada laman sesawang Ugly Model, agensi itu mencari model bagi kategori mudah - kanak-kanak lelaki dan wanita.

Namun, bakat yang benar-benar diperlukan adalah seseorang yang menampilkan kelainan tersendiri dan eksotik.

Ketika ini, agensi berkenaan menguruskan beberapa model paling luar biasa, seperti Sultan Kosen yang memiliki ketinggian 2.5 meter dan dianggap manusia tertinggi di dunia, dan Elaine Davidson (mempunyai 2,520 tindik di seluruh badan).

Dalam program Britain’s Ugliest Models’ itu, penonton akan diperlihatkan kepada pelbagai pendedahan, termasuk dunia seorang pesara pengurus bank yang mula menindik tubuhnya ketika berusia 75 tahun. Dia kini memiliki 241 tindik di pelbagai bahagian tubuhnya.

Ugly Models mula beroperasi sejak lebih 40 tahun lalu dan kini dimiliki Marc French, 47.

Kata French, mesej yang cuba disampaikan melalui program itu adalah: Sesuatu yang konvensional tidak lagi menarik hati.

“Apa yang menyebabkan model hodoh berbeza daripada orang lain adalah rasa selesa mereka dengan apa yang ada pada diri masing-masing.

“Kebanyakan model hari ini kelihatan amat sopan dan normal, tetapi di Ugly Models, kami menemukan watak berbeza dan istimewa pada mereka,” katanya.

Walaupun dianggap hodoh dan ganas, French berkata, agensinya menerima permintaan tinggi daripada pelbagai syarikat, termasuk pengeluar jenama terkemuka seperti Calvin Klein dan Italian Vogue.

“Jika untuk filem, kami baru saja menghabiskan penggambaran cerita Harry Potter, selain muncul dalam semua filem James Bond,” katanya.


Untuk mendapatkan bakat baru, agensi Ugly Models sentiasa membuka pintu kepada sesiapa yang berminat.

Misalnya, pada bulan depan mereka akan mengadakan uji bakat bagi mendapatkan model baru.

“Senarai yang ingin mencuba nasib sangat panjang,” katanya.

Menurut French, ramai orang yang selesa dengan penampilan unik masing-masing.

“Ada wanita yang sedih dengan kegemukan, tetapi sejak diberi peranan sebagai model, dia kini amat gembira dengan dirinya,” katanya.

SKMM Tutup 81 Laman Web Lucah

KUALA LUMPUR 28 April – Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) menerima 165 aduan dalam tempoh Januari hingga Mac tahun ini berhubung kandungan laman web atau blog yang melakukan pelbagai kesalahan di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia (AKM) 1998.
Timbalan Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Joseph Salang Gandum berkata, daripada jumlah tersebut, 90 aduan adalah bagi kandungan lucah, 72 kandungan bersifat mengancam atau jelik dan tiga aduan bagi kandungan berunsur palsu.
“Bagi kandungan bersifat lucah, tindakan siasatan dan sekatan akan dilakukan.
“Selain itu, laporan penyalahgunaan juga akan dihantar kepada moderator laman-laman web sosial seperti Facebook, blogspot dan YouTube,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Datuk Zaitun Mat di Dewan Negara hari ini yang bertanyakan jumlah aduan yang diterima SKMM berhubung kandungan laman web atau blog mengikut AKM 1998.
Joseph berkata, bagi kandungan bersifat mengancam dan jelik serta kandungan palsu pula, nasihat dan amaran akan dikenakan oleh SKMM kepada pemilik laman-laman berkenaan.
Jelasnya, sekiranya cukup bukti bagi mensabitkan kesalahan, pendakwaan boleh dikenakan terhadap pihak berkenaan.
Menjawab soalan tambahan Fatimah Hamat yang ingin tahu langkah kerajaan dalam menangani laman web lucah yang mudah dilayari di kafe siber, Joseph Salang berkata, SKMM setakat ini telah menutup serta-merta 81 laman web yang didapati menerapkan unsur lucah seperti menyediakan video aksi lucah dan perkongsian cerita lucah dengan teman berbual.

Bukti Skandal Seks Ariel, Luna Maya dan Cut Tari ?

Mungkin ramai tertanya-tanya tentang kesahihan atau kebenaran video skandal seks ariel dan cut tari. Sejauh mana kebenarannya? Mari kita bongkarkan!

Bukti skandal seks ariel dan cut tari 1, gambar menunjukkan jam yang dipakai ariel peterporn semasa skandal seks dengan cut tari.

Bukti skandal seks ariel dan cut tari 2, lihat perbezaan wajah cut tari. Adakah berbeza? Anda tentukan!

Perasmian Laman Blog SPY SKODENG

Salam alls.... Hari ini dengan bangganya aku merasmikan blog bersiri SPYSKODENG yang mungkin akan menggegarkan tanah air dengan pelbagai edisi berita terkini, gosip sensasi, hiburan dan pelbagai muatan akan dimuatkan didalam laman ini.

Kenapa penulis memilih nama blog sebagai SPY SKODENG? Ini juga mungkin satu persoalan yang masih lagi bermain difikiran penulis sampai sekarang. Bak kata Nabil, Lu Pikir la sendiri.....!!!

Penulis berharap laman ini akan mendapat sambutan yang menggalakkan dari pengunjung alam maya ini.

Sekian,
SPYSKODENG ADMINISTRATOR