Saturday, October 2, 2010

Haddad Alwi, Anti & Vita - Rindu Muhammad ku (Video)



Lagu nasyid duet antara Haddad Alwi dan Anti & Vita. Memang layan... tenang je dgr suara kanak2 :)

10.10.10 - MALAYSIAN ANGKASAWAN WEDDING






Potrait perkahwinan Dato Sheikh Muszaphar Shukor & Dr Halina akan dilangsungkan pada 10 haribulan 10 (Oktober) Tahun 2010... maknanya 10/10/2010 adalah hari keramat bagi pasangan ini melangsungkan majlis mereka. Adakah majlis mereka akan menjadi majlis Wedding Of The Year 2010? Hurm............

FACEBOOK OFFICE - MARK ZUCKERBERG










Suasana pejabat pemilik Facebook, Mark Zuckerberg... Agaknya kalau dia keje dgn Microsoft belom tentu dia dapat jadi mcm sekarang nih...

Tuesday, September 14, 2010

POLIS JUMPA ZINK PELAPIK MAYAT

BANTING - Pasukan penyelam polis semalam menemui enam keping zink di dasar Sungai Kanchong Laut di Kampung Endah, Ladang Gadong, Tanjung Sepat disini yang dipercayai dijadikan sebagai pelapik untuk membakar mayat Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga rakannya.

Bahan bukti itu ditemui selepas tiga suspek yang dibawa ke sungai itu menunjukkan lokasi zink-zink tersebut dibuang selepas selesai membakar mayat Sosilawati dan rakan-rakannya.

Tiga lagi yang turut menjadi mangsa pembunuhan kejam bersama jutawan kosmetik itu ialah pemandu peribadinya, Kamarudin Shansudin, 44, pegawai bank CIMB cawangan Kampung Baru, Kuala Lumpur, Noorhisham Mohammad, 38, dan peguam peribadi, Ahmad Kamil Abdul Karim, 32.

Selain itu, di sungai sama polis menemui sebatang besi tajam dipercayai turut dijadikan senjata membunuh empat mangsa itu.

Besi sepanjang 60 sentimeter itu kebiasaannya digunakan untuk kerja-kerja mengangkat buah kelapa sawit yang dimasukkan ke dalam lori. Turut ditemui sejenis senjata berbentuk kerambit sepanjang 30 sentimeter.

Bunuh jiran untuk bayar hutang

SEREMBAN - Polis merungkai kes pembunuhan seorang ustazah dan anaknya di rumah mereka di Port Dickson pada 2 September lalu yang dipercayai dilakukan oleh jiran mereka.

Jirannya itu, seorang lelaki berumur 34 tahun, dikatakan membunuh dan menyamun Norliza Ishak, 35, dan anak lelakinya Amirul Ayman Mohd. Yusof, 10, bagi mendapatkan wang untuk melangsaikan hutangnya.

Suspek yang telah 12 hari direman sejak 6 September lalu dijangka dihadapkan ke mahkamah hari ini atas tuduhan membunuh.

"Jiran mangsa dipercayai menghadapi masalah kewangan selepas tidak mendapat kontrak pemasangan paip gas sejak beberapa lama.

"Hasil samun terhadap mangsa kesemuanya berjumlah RM2,800. Suspek telah menggunakan untuk membuat bayaran hutang tertunggak seperti pembayaran rumah, kereta dan sebagainya," kata Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Osman Salleh.

Sunday, September 12, 2010

Saturday, September 11, 2010

THE MOST STUPID GOALKEEPER EVER 2010


Watch the new video of very very stupid goalkeeper in the world! Video captured at 9/9/2010! very funny goalkeeper lolz!